BACHOK: Mayat lelaki yang dipercayai lemas bersama anak lelakinya di Sungai Pengkalan Baru, di sini selepas mencuba jet ski baru akhirnya ditemukan kira-kira jam 10.35 malam Sabtu.
Mayat mangsa, Mohd Zamizi Hashim, 37, ditemui orang awam kira-kira 50 meter dari lokasi mayat anaknya, Firas Naufal Mohd Zamizi, 4, ditemukan 9.04 pagi Sabtu.
BACA: Mayat kanak-kanak hilang ketika main jet ski ditemui
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba, Yus Heary Mahmud berkata mayat mangsa ditemui terapung di permukaan sungai yang berkedalaman 5.6 meter.
“Mangsa dibawa menaiki bot bomba ke Pengkalan Baru untuk diserahkan kepada polis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bachok serta empat Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kota Bharu itu ditamatkan pada jam 10.49 malam.
Dalam pada itu, Ketua Polis Derah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat Mohd Zamizi.
“Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.
“Setakat ini, mangsa maut dipercayai akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan peniaga gerai makan di Pantai Irama tersebut bersama lima ahli keluarga termasuk ibu bapa mentua, isteri, Suzila Yahya, 36, dan anak mereka, Rania Afina,8, serta beberapa rakan ke sungai berkenaan bagi menguji dua jet ski baru dibeli mangsa.
Mangsa yang amat meminati sukan itu menaiki jet ski bersama anaknya dan dipercayai lemas dalam kejadian jam 4.30 petang.
Artikel asal di Sinar Harian: Mayat bapa tragedi jet ski ditemui
Sinar Harian
Sun May 16 2021
Mayat Mohd Zamizi ditutup kain putih selepas ditemui dan dibawa naik ke darat pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Lelaki Myanmar maut kemalangan jet ski
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V Saravanan berkata dalam kejadian 4.45 petang itu, mangsa Tun Lin Aung, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di dagu dan leher.
Operasi SAR lelaki hilang pandu uji jet ski di Pulau Talang-Talang diteruskan
Kehilangan mangsa disedari rakannya selepas mangsa tidak kelihatan ketika mereka dalam perjalanan pulang dari pulau berkenaan.
Mayat bapa mangsa tragedi jet ski ditemukan
Mayat mangsa, Mohd Zamizi Hashim, 37, ditemui orang awam kira-kira 50 meter dari lokasi mayat anaknya, Firas Naufal Mohd Zamizi, 4, ditemukan 9.04 pagi Sabtu.
Lelaki bersama anak empat tahun hilang ketika main jet ski
lelaki berusia 37 tahun itu didakwa oleh ahli keluarganya tidak pulang ke rumah selepas meluangkan masa dengan anak lelakinya bermain jet ski.
Pengendali jet ski mati lemas selepas selamatkan pelanggan
Mangsa mati lemas selepas bantu dua pelanggannya terjatuh ke dalam laut ketika menunggang jet ski.
Pelancong cedera kemalangan jet ski di Langkawi
APM menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 2.26 petang yang memaklumkan seorang mangsa terlibat dengan kemalangan sukan pantai iaitu jet ski.
Panik! Jet ski Wawa Zainal, Aeril Zafrel dilanggar
Pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berdepan detik cemas selepas jet ski yang dipandu mereka dilanggar oleh sebuah lagi jet ski, semalam.
Perkhidmatan syarikat jet ski di Pantai Batu Ferringhi terlibat kemalangan maut digantung
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menggantung serta merta operasi operator jet ski di pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang.